Free CSS Navigation Menu Designs 2 at exploding-boy.com

Tab Menu 9

Thursday, 24 November 2011

KRT 3013 TEKNOLOGI MAKLUMAT SEKOLAH RENDAH

Tugasan 1C: Pembangunan Blog (30%) – Blogger (link blog diletakkan di MyGuru              Tarikh akhir: 12 Disember 2011 (Isnin)
Secara individu, pelajar dikehendaki membina blog P&P bagi satu topik pengajaran yang dipilih berdasarkan sukatan mata pelajaran dari Kementerian Pelajaran Malaysia. Pelajar diwajibkan menggunakan platform Blogger (Blogger). Pelajar dibenarkan memilih sendiri mata pelajaran yang dikuasai mereka. Bagi penilaian pembangunan blog berjumlah 20%, pelajar dikehendaki memasukkan pautan blog ke dalam forum yang akan disediakan khusus untuk tugasan ini. Pastikan nama, nombor matrik dan topik masing-masing diletakkan di muka hadapan blog. Markah bonus akan diberikan sekiranya pelajar berjaya mengintegrasikan aplikasi lain ke dalam blog mereka seperti YouTube, FaceBook, Scribd, Prenzi dan sebagainya. Markah bagi tugasan ini diberikan berdasarkan kandungan (10%) serta senireka persembahan blog:
KRITERIA
MARKAH
Isi kandungan blog serta kualiti penyampaian
10
Senireka blog serta daya tarikan
10
Teknik serta kaedah mengajar /teknologi yang digunakan dalam blog seperti video, animasi dan sebagainya
10
JUMLAH
30
 
 Jadi apa yang anda semua perlu faham ialah:

1. Link alamat URL perlu di letakkan dalam myguru (saya akan create satu topik forum tugasan 1C dan anda letakkan nama, no matrik, kumpulan anda, email anda, dan juga no tel, tajuk blog (jika perlu) anda BERSAMA dengan link url anda di dalam MYGuru. Itu sahaja. Bukannya di dalam FB kumpulan kita ini (kalau nak suruh org tengok dan komen tak apa la) atau hantarkan link kat email UPSI saya atau email kumpulan.

2. Platform yang di minta ialah menggunakn akaun Blogger, iaitu blogspot dari Google sahaja.

3. Blog mesti berkaitan dengan P&P, bukan blog peribadi ke...blog gambar keluarga ke, adik beradik ke, blog jualan langsung ke (MLM - sebab ada cikgu yg mintak nak buat blog macam ini). Jadi kalau dah blog berkaitan dengan P&P mestilah menggunakan bahasa formal, bukan ada perkataan seperti "hang" (bahasa org utara), kau - aku, awang , cek mek etc. Jangan gunakan bahasa pasar atau lagi teruk, jangan gunakan perkataan yang sensitif, seksual, mengutuk, menghina atau apa2 perkataan yang mengganggu gugat keamanan dan kesejahteraan rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini. Juga memandangkan ini blog P&P, jadi saya tidak mahu lihat blog berkaitan dengan politik atau selain dari yang berkaitan dengan P&P mengikut sukatan matapelajaran yang di kelaurkan oleh KPM.

4. Markah adalah 30%. Penekanan di lihat dari sudut aspek kreativity, integrasi dengan sukatan matapelajaran, dan juga dapat memuatkan aplikasi web 2.0 yang lain seperti slideshare ke, youtube ke, scribd ke.- kerana ini akan memberikan lagi markah tambahan.

5. Secara umumnya penilaian akan dilihat dari aspek:

- PnP itu sendiri. Lagi banyak kursus yang kita letakkan dalam blog lagi banyak markah. Jangan la tumpukan satau subjek sahaja, sebab cikgu sek rendah ngajar banayk subjek dalam satu2 masa.

- Penggunaan web 2.0. yang ini kalau dapat integrasi dalam blog memang dah ada markah. Tapi kalau buat video PnP sendiri i.e. guna handphone sendiri aje, dan upload dalam youtube (make sure not more 100MB of data size), maka akan lagi banayk markah yg anda akan dapat sebab menggunakan daya kreatif sendiri dan bukan ambil copy paste dari orang lain punye video. Ini contoh la. Tambah pula, lagi banyak guna integarasi apliaksi web 2.0 nie, lagi banayk la markahnyer.

-Blog is a "self reflection to our teaching". perkara ini telah saya sentuh dalam FB sebelum ini. Jadi jangan la sekadar letakkan ringkasan harian semata2. Anda perlu letakakan ulasan apa yang berlaku dalam mengajar subjek mengikut ringkasan harian anda, macamana rakasi pelajar, kalau ada masalah, macamana anda selesaikan masalah itu, dan apa yang ada rasa anda boleh perbaiki lagi pengajaran anda pada ahri tu jika anda di beri pilihan. That is what blog all about. Barulah kawan2 anda boleh belajar dari kesilapan anda dan harapnya mereka juga share apa yang diorang dah buat dalam PnP mereka dan apa benda baru yang mereka dapat laksanakan. barulah ada perkongsian ilmu sesama cikgu2 semua.

Setakat inilah sahaja perkongsian idea saya pada malam2 yang hening lagi sunyi ini. Kalau ada kekawan yang post url blog masing2 , saya minta anda semua bagi komen untuk memperbaikinya jangan la seakdar bagi komen spt "ohh cantik blog, dahsat la blog cikgu... i luv it! etc". Ini tak berapa membantu sekadar cikgu2 empunya blog akan tersengih sendirian bila di puji :) Kita perlukan kritikan membina dan juga teguran yang boleh membantu tugasan kekawan anda nie semua. Seakrang saya dah jelaskan kriteria penilaian, lepas ini tolong nilai blog kawan2 anda berdasarkan kriteria yang saya sebut ini. Saya sendiri tak sempat nak tengok semuanya, sebab ada beratus pelajar lain yang saya perlu beri perhatian. Awal dulu saya ada la masa, tapi sekarang nie dah tak sempat dah. Jadi kena minta bantuan yang lain.